Boot Camp (disiarkan 19 April 2007) So_You_Think_You_Can_Dance_(Musim_1)

40 orang peserta diuji kebolehan mereka dalam pelbagai genre tarian serta perpaduan sesama sendiri dalam pertandingan. Hari pertama Boot Camp menyaksikan mereka berlatih empat jenis tarian berlainan, setiap satunya di bawah penyeliaan pereka tari yang berlainan: Hip-hop (Yannus Sufandi), kontemporari (Umesh Nair), Street Jazz (Manuela Oliveira), dan Salsa (Patricia Caldenna). Setelah sesi-sesi koreografi itu mereka perlu mempersembahkan apa yang baru mereka pelajari daripada penyelia tadi, secara berkumpulan.

Hari kedua menyaksikan para peserta beraksi secara solo dan cuba menampilkan "kelainan" mereka untuk mengagumkan para juri bagi layak ke peringkat 20 Teratas. Menjelang malam hari itu, Para juri mengumumkan 20 orang peserta yang layak ke pusingan seterusnya.

Satu adegan menarik setelah tahunya 20 orang yang layak melibatkan seorang peserta yang tidak layak menangis dan merintih kegagalannya untuk memenuhi hasrat terakhir seorang sahabat karibnya yang didakwanya akan "meninggal dunia pada hari itu".

Berkaitan